SYARAT-SYARAT TEMPAHAN & HARGA NO PLAT G1M
- SYARAT-SYARAT PEMOHON
- Terbuka kepada semua pihak yang layak untuk mendaftar kenderaan
- Menyatakan harga tempahan penuh dalam borang tidak kurang daripada harga tempahan minima mengikut kategori iaitu
SIRI NO GIM 1-1000
Nombor Premium : RM 200,000.00
Nombor Emas : RM 25,000.00
Nombor Perak Pilihan : RM 17,000.00
Nombor Perak : RM 10,000.00
Nombor Gangsa Pilihan : RM 7,000.00
Nombor Gangsa : RM 5,000.00
SIRI NO GIM 1001-2000
Nombor Intan : RM 3,500.00
Nombor Mutiara : RM 3,000.00
Nombor Delima : RM 2,500.00
Nombor Zamrud : RM 1,500.00
- Setiap permohonan hendaklah menggunakan alamat surat-menyurat terkini;
- Bagi pemohon individu, borang hendaklah ditandatangani oleh pemohon sendiri. Bagi Perniagaan/ Syarikat / Pertubuhan/ Koperasi/ Badan Profesional/ Agensi Kerajaan/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Badan Berkanun borang hendaklah ditandatangani oleh pihak berkenaan berserta nama dan cop rasmi.
- Pendaftaran nombor plat G1M hanya boleh didaftarkan di JPJ Wangsa Maju dan JPJ Pulau Langkawi
- Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 31 Disember 2011